Selasa, 15 September 2009

KISAH KELUARGAKU..........











Hai....nama aku Amira Nabillah Bt. Ab Rahman. Aku dilahirkan pada 02 Mac 1989, hari Khamis pukul 5.38 petang, bersamaan 24 Rejab kat Pusat Rawatan Islam kat Kuala Lumpur. kira memang asal dari KL la...Dalam family aku ada 3 orang adik-beradik. Aku anak no. 2...family aku panggil aku amira (walaupun member aku panggil aku dgn macam-macam nama samaran)..Crite pasal family aku plak la....Ayah aku nama dia Ab. Rahman B. Shamsudin..kitorang panggil die ayah... dia memang baik, suka buat lawak dan tak berkira kalau bab duit. sesuai la dgn maksud Ar-Rahman(Pemurah) kan.....sebab tu dialah HERO AKU....ayah aku lahir 08 Januari 1954 kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan (orang nogori..) Mak aku pulak nama die Zaiton Bt. Ijam. kitorang panggil mama...dia lahir 02 Jun 1958 kat Batu Pahat, Johor. so, kira mama dgn ayah aku org selatan la ni, hehehe jodoh...mama aku ni aku rase macam WONDERWOMAN...sume benda dia boleh buat...memasak, menjahit, mengemas...pendek kata pakej lengkap la...Ok, crite pasal adik-beradik aku pulak..kakak aku yang aku panggil along tu nama dia Ainaa Nadia Bt. Ab. Rahman. dia lahir 07 Mei 1986 kat Pusat Rawatan Islam, KL skarang ni dia da keje kat RTM.. umur dia 23 tahun, adik aku pulak nama dia Mohd. Amirul Ashraf B. Ab. Rahman, umur baru 16 tahun, lahir 05 Disember 1993, sama kat PUSRAWI KL...haha aku ni selalu gaduh dgn dia..maklum la dia sorang je adik lelaki...tapi lepas tu elok balik bak kata pepatah 'air dicincang tak kan putus'...kitorang sume tinggal kat Taman Koperasi Polis Fasa 2. da lama da duduk situ dari aku kecik lagi. Family aku suka melancong, tp kebanyakannye dalam negara la...time paling best selain dari melancong, alu suka time lepak depan tv dgn family especially klu ade anugerah @ konsert..pastu weekend ktorng adik-beradik tido kat bilik parents ktorng ..gedik kn..haha.ok la sampai sini dulu citer aku...bye...

1 ulasan:

  1. I'm appreciate your writing skill.Please keep on working hard.^^

    BalasPadam